Ahad, 20 Mei 2018

AZAN ISMAIL (PKR) BAKAL PM MALAYSIA YANG BARU ???


PENGERUSI PKR TERENGGANU LEBIH SUDU DARIPADA KUAH

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri pimpinan Pas diminta untuk segera mencari formula membangunkan semula Terengganu secara keseluruhannya, dan bukannya tergesa-gesa dalam isu royalti.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, kerajaan negeri harus sedar, terdapat halangan yang sangat jelas dari sudut perundangan dalam isu royalti memandangkan kerajaan negeri pimpinan BN sebelum ini secara sukarela, telah pun menarik balik tuntutan saman bagi bayaran royalti minyak dan gas.

Oleh itu katanya, Pas perlu membuat keutamaan dan mencari kaedah terbaik mentadbir Terengganu serta menyelesaikan isu-isu tertangguh seperti projek-projek gagal dalam tempoh 15 tahun pemerintahan BN dan perbelanjaan berlebihan yang dilakukan.

“Adalah menjadi tanggungjawab kepada kerajaan baharu untuk membuat penyelesaian secara keseluruhan. Baru kita nampak apakah yang perlu dibuat, kekurangan yang harus diberi tumpuan dan merangka satu dasar baharu. Ini sangat mustahak dan patut ditumpukan sekarang.

“Ini perkara yang memerlukan penyelesaian jangka panjang yang konkrit. Sudah tentu isu-isu pentadbiran, ekonomi dan agama perlu diteliti dengan rapi. Kita tahu pengalaman dari tahun 1999 hingga 2004 pentadbiran Pas dahulu hanya bertahan selama sepenggal dan pada kali ini, peluang diberikan rakyat Terengganu sekali lagi, sudah tentu persiapan yang rapi dan baik perlu dilakukan.

“Cuma saya agak kurang yakin kerana permulaan 10 hari ini, pihak kerajaan Pas masih mengulangi perkara yang sama iaitu memulakan episod pentadbiran Terengganu dengan menonjolkan isu pemulangan royalti kepada kerajaan negeri. Di sini, ketelitian itu seolah-olah dilupakan dan tidak diberi tumpuan,” katanya ketika ditemui di pejabat PKR Terengganu di sini, hari ini.

Kalau nak baca lagi boleh klik disini.  Kalau tak mahu lagi bagus....muakkkkk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...