MARANG - PAS KINI
BERADA DI LANDASAN YANG BETUL berdasarkan gerak kerja jentera parti
berkenaan di seluruh negara, kata Ketua Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR.
Beliau
berkata, sehingga hari ini, melalui gerakan jentera pilihan raya di seluruh
Malaysia, parti itu mendapati jentera parti berada dalam keadaan sangat baik
dan mengikut perancangan parti.
“Setakat ini, apa yang kita rancangkan dan kita gerakan oleh jentera pilihan
raya di negeri-negeri di seluruh Malaysia ini berada dalam keadaan yang sangat
baik dan mengikut perancangan.
“Dan
kita mengharapkan momentum ini kekal supaya kita dapat membina persepsi yang
baik seterusnya memperoleh keputusan lebih baik berbanding dengan PRU lepas,”
katanya.
Beliau
yang juga merupakan CALON PAS DI DUN RHU RENDANG
berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian di Pejabat Kesatuan Ulama Sedunia
di Rusila, hari ini.
Bagaimanapun,
beliau berkata, keadaan mungkin akan berubah sekiranya ada pihak tertentu
membuat kejutan pada saat saat akhir ketika berkempen iaitu sebelum 9 Mei ini.
“Cuma
kita tidak tahu apa yang berlaku pada hari terakhir atau dua hari terakhir yang
mungkin ada pihak-pihak tertentu yang ada...(kejutan).
“Kadang
kala, satu hari terakhir itu, mungkin ada suprise menyebabkan keputusan
itu boleh berubah. Namun, setakat ini, semuanya berjalan dengan baik,” katanya.
Beliau
berkata, Pas mempunyai strategi tertentu dalam menangani kejutan namun dengan
melihat pada kesesuaian dan keperluan kerana kejutan adalah sesuatu yang
dinamik, mengikut suasana semasa.
Dalam
masa sama, katanya, Pas sama sekali menolak sebarang fitnah dan pembohongan
untuk dijadikan sebagai kejutan terhadap parti lain yang bertanding.
“Pas
bersedia dengan sebarang kejutan sehingga tarikh pembuangan undi. Kita
tidak buat pada pihak lawan, kita mengharapkan suasana politik dibina lebih
matang dan sejahtera dan harmoni.
“Dengan
mengelak fitnah dan perkara-perkara tidak benar yang menjadi pembohongan dengan
fakta yang diselewengkan.
“Jadi
jika ada pihak di luar sana ada kejutan terhadap Pas, dengan pembohongan. Itu
satu perkara yang kita amat kesali dan kita tolak awal lagi,” katanya.
Beliau
turut mengharapkan rakyat faham bahawa pada musim pilihan raya ini perkara-perkara
di luar kebiasaan akan dilontarkan oleh pihak-pihak tertentu namun rakyat perlu
melihatnya dengan fakta yang jelas.
Sumber: KLIK DISINI