Isnin, 23 Januari 2012

Tiada kemalangan serius sebelum Tahun Baru Cina di Terengganu

Image Detail
Tiada kemalangan serius dilaporkan dalam tempoh dua hari walaupun jalan raya di sekitar negeri ini sesak dengan kenderaan berikutan orang ramai berpusu-pusu pulang ke kampung sempena musim perayaan Tahun Baru Cina, kata Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Dato’ Toh Chin Yaw.
“Baru tadi saya dimaklumkan oleh Ketua Polis (negeri) bahawa di negeri Terengganu dua hari ini walaupun jumlah kenderaan yang begitu banyak yang pulang ke kampung, tetapi tiada kemalangan yang serius dilaporkan berlaku.


“Ini menunjukkan kesedaran terhadap pemanduan dan keselamatan di jalan raya semakin meningkat,” katanya di majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena musim perayaan Tahun Baru Cina 2012, di Laluan Pintu Gerbang Jalan Kampung Cina, Kuala Terengganu, semalam (22 Januari).

Sebanyak 1,700 unit beg kertas yang mengandungi air mineral, buah limau serta risalah dan pelekat mengenai keselamatan jalan raya diagihkan kepada pengguna kenderaan sempena pelancaran itu.

“Setiap kali musim perayaan kita adakan kempen bagi mengingatkan orang ramai terutama pemandu kereta supaya sentiasa meningkatkan cirri keselamatan dan berhati-hati di jalan raya.

“Sikap itu bukan sahaja perlu dipupuk pada musim perayaan sahaja, tetapi setiap masa dan walaupun di mana berada bagi menjamin keselamatan,” katanya.

Program tahunan itu anjuran Majlis Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis dan Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...