Khamis, 26 Januari 2012

Msjlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar UPSR 2011 Dun Rhu Rendang


Marang 25/01/2012 - Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar UPSR 2011 bagi DUN Rhu Rendang telah diadakan di Dewan Perpustakaan Awam, Daerah Marang.  Majlis dianjurkan oleh Yayasan Terengganu. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.  Turut hadir Tim. Ketua Pengarah Yayasan Terengganu.

Seramai 124 orang pelajar menerima hadiah kecemerlangan daripada Kerajaan Negeri Terengganu berupa wang tunai sejumlah RM120 dan sijil setiap seorang. Diantara sekolah yang mencapai keputusan yang cemerlang adalah SK Rusila - 24 pelajar, SK Rhu Rendang - 22 pelajar, SK Bukit Gasing - 17 Pelajar, SK Marang - 16 pelajar, SK Gong Nangka - 16 Pelajar, SK Pulau Kerengga - 9 pelajar, SK Kelulut - 6 pelajar, SK Seberang Marang - 5 pelajar, SK Sentol Patah - 4 pelajar, SK Batangan - 3 pelajar dan SK Medan Jaya - 2 pelajar.

 


Paparan selanjutnya sila layari laman facebook berikut:
 https://www.facebook.com/media/set/?set=a.154331308014277.32953.100003122271553&type=1


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...