Sabtu, 8 Julai 2017

ATUK MADEY ULAR BERKEPALA DUA

Sokongan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri sekiranya mendapat pengampunan diraja menunjukkan matlamat politik bekas perdana menteri berkenaan menghalalkan caranya.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, tidak ada sebarang fakta yang berubah apabila Tun Mahathir menyatakan Datuk Seri Anwar tidak layak menjadi perdana menteri semasa di bawah pimpinannya suatu masa dahulu.

“Di bawah beliau (Tun Mahathir) bermulalah segala tangkapan terhadap Datuk Seri Anwar, ISA dan sebagainya. Dia (Tun Mahathir) sendiri yang pecat Datuk Seri Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Tun Mahathir sendirilah yang mengusulkan kepada Majlis Tertinggi Umno bahawa Datuk Seri Anwar dipecat sebagai ahli Umno dan timbalan presiden Umno.

“Fakta semua itu tak berubah sebab itu semua sejarah, jadi apa sahaja fakta yang mendorong Tun Mahathir memecat Datuk Seri Anwar tidak berubah...yang berubah adalah pendirian Tun Mahathir sebab matlamat.

“Hari ini dia (Tun Mahathir) rasa adalah terbaik untuk beliau menyelamatkan diri daripada siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atas kes pertukaran dan juga perdagangan mata wang Bank Negara pada tahun 1990an,” katanya kepada pemberita sempena Majlis Rumah Terbuka Ahli Parlimen Rembau merangkap Menteri Belia dan Sukan di Padang Sekolah Menengah Agama (SMA) Haji Mohd Yatim, Gadong, di sini, tadi yang dihadiri lebih 25,000 masyarakat.

Khairy berkata, Tun Mahathir memerlukan Datuk Seri Anwar supaya tidak ada keterangan yang keluar daripada Datuk Seri Anwar yang pada masa berkenaan menjadi menteri kewangan yang bertanggung jawab ke atas Bank Negara.

“Kenyataan yang boleh menunding jari kepada Tun Mahathir...beliau rasa inilah satu-satunya cara untuk menyelamatkan legasi beliau seperti mana PM (Datuk Seri Najib Razak) sebut semalam... pastikan cara Mukhriz Mahathir jadi perdana menteri,” katanya.

Sumber: KLIK DISINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...