Isnin, 31 Julai 2017

DAP Mula Takut Dengan Populariti Presiden PAS

KUALA LUMPUR – DAP mendakwa pengharaman Buku Kumpulan G25 bertajuk ‘Breaking the Silence: Voices of Moderation-Islam in a Constitutional Democracy’ sebagai mengarut dan tidak logik.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa pengharaman buku itu menunjukkan pengaruh-pengaruh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang keatas kerajaan berhubung agama Islam di Malaysia.
“Buku ini dihasilkan oleh 25 bekas pegawai kanan kerajaan berketurunan Melayu dan Muslim yang mahukan dialog rasional mengenai kedudukan Islam dalam demokrasi perlembagaan.
“Mereka sangat terganggu terhadap perkembangan berkaitan hubungan kaum, Islam dan tingkah laku ekstrem di Malaysia,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Buku Kumpulan G25 yang dilancarkan pada 2015 diharamkan kerajaan ia menyentuh tentang kedudukan Islam dalam Perlembagaan Negara.
Buku itu memuatkan pandangan tokoh sekular, liberal dan pluralis agama termasuk dalam kalangan pegawai kanan kerajaan zaman lampau yang telah bersara.
Jurucakap Kumpulan G25, Noor Farida Ariffin dilaporkan tidak berpuas hati dengan pengharaman itu dan tidak akan berdiam diri.
Beliau sebelum ini pernah dikritik kerana mahu undang-undang khalwat dimansuhkan atas alasan ia adalah dosa peribadi.
Disamping itu Kumpulan G25 juga pernah mencadangkan supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dimansuhkan. – MYNEWSHUB.CC


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...