Isnin, 10 Julai 2017

HATI TUAN IBRAHIM TUAN MAN MEMANG BUSUK MASIH SAYANG DAP

Tuan Ibrahim Tuan Man tidur sebantal tetapi mimpi lain lain.

Ketika Mursidul Am, Presiden, Ketua Pemuda dan kebanyakan pimpinan PAS lainnya dilihat sekata berhubung hala tuju parti, lain pula pendirian Timbalan Presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ketika hampir keseluruhan pimpinan PAS dilihat cenderung untuk menjalani hubungan dan kerjasama dengan UMNO termasuk mengadakan gencatan senjata dengan meminimunkan serangan sesama sendiri.

Tuan ibrahim Tuan Man pula sejak awal cukup berbeza pandangan apabila begitu berminat untuk menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan dan tidak putus putus membuat serangan berbentuk spekulasi terhadap UMNO dan Perdana Menteri.

Terkini desakan untuk menubuhkan RCI IMDB pula walau pun audit dan PAC tidak menemui sesuatu yg mencurigakan dengan akaun IMDB.


Pendirian Tuan Ibrahim dalam isu IMDB cukup berbeza dengan pendirian pimpinan PAS yg lain yg senada dengan hala tuju yg cuba dibawa oleh presiden.

Walau pun Pesiden PAS sebelum ini pernah menyatakan dengan jelas bahawa sekiranya kita (PAS) berperang dengan UMNO, pada akhirnya orang bukan islam akan memerentahan negara ini.

Tuan Ibrahim Tuan Man tidak pernah menjadikan intipitai ucapan hadi sebagai dasar terkini parti malah sanggup melanggar Amanat Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang.

Tuan Ibrahim bertindak berbeza apabila menyeru Pas kembali berkoloborasi dengan Kem pembangkang termasuk parti baru Tun Mahathir.

Ketika PAS dan UMNO dilihat meminimunkan serangan antara satu sama lain.

Tuan Ibrahim Tuan Manlah satu satunya pemimpin PAS paling vokal mengkritik Datuk Seri Najib Razak, UMNO dan kerajaan.


Kecenderungan Tuan Ibrahim Tuan Man pro Pakatan Harapan dikesan lebih awal sebelum parti Mahathir ditubuhkan lagi apabila berkata;

"Adalah lebih baik bubar PAS dari berkerjasama dengan UMNO"
Kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man ini seolah olah mencabar amanat Haji Hadi sebelum ini .

Cuma orang macam Tuan Ibrahim Tuan Man cukup pandai "bermain lompat tikam".

Selepas menyeru agar Pas kembali ke Kem Pembangkang, ia disusul pula dengan kenyataan: Pas rela bersendiriani tanpa "rakan tahaluf" sekiranya agenda Islam parti itu ditentang rakan pembangkang yang lain.

Ulama veteran ini cukup pandai bermain tarik tali. Sebelah tangan menyalakan api, sebelah tangan lagi memegang timba.

Orang macam Tuan Ibrahim mahu mendapatkan semua laba dalam permainan politiknya. 


Bersambung: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...