Isnin, 26 Januari 2015

INILAH DIA SIKAP/PERANGAI SEBENAR RAJA BAHRIN

KENAPA LAH BUSUK SANGAT HATI MP KUALA TERENGGANU ? 

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Malaysia disaran mengikut jejak langkah kerajaan Indonesia dalam menangani masalah kehadiran nelayan warga asing yang menceroboh perairan negara dengan meletupkan kapal mereka.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, telah tiba masanya kerajaan Malaysia mengambil langkah sama supaya masalah yang sedang berlaku di negara ini dapat diatasi segera.


“Sebenarnya isu (nelayan asing) ini sudah lama melanda nelayan kita, malah semakin lama lebih dahsyat. Nelayan asing ini menggunakan pukat, menangkap ikan secara haram dan pelbagai lagi salah laku lain, sama ada di laut mahupun darat, seolah-olah tiada tindakan dibuat pihak berkuasa,” katanya ketika mengadakan pertemuan ringkas di antara nelayan Kuala Terengganu di Hiliran, di sini.

Menurut Raja Bahrin, nasib nelayan-nelayan tempatan berhubung kemasukan nelayan asing telah pun dibawa ke parlimen pada Jun tahun lalu, namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan tegas diambil.

“Jika Presiden Jokowi yang baru bertugas beberapa bulan mampu membela nasib nelayan, sepatutnya kerajaan Malaysia yang memerintah selama 57 tahun perlu mengikut jejak langkah sama,” katanya.


Tambah beliau lagi, segala permasalahan itu akan dibentang di Parlimen yang dijangka bermula Mac depan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...