Pejabat akhbar milik PKR Suara Keadilan diserbu
sekumpulan polis kira-kira jam 10.30 pagi tadi untuk merampas beberapa buah
komik karya kartunis Zulkifli Anwar Al-Haque atau
lebih dikenali sebagai Zunar.
Menurut seorang kakitangan Suara
Keadilan, pada awalnya hanya dua orang sahaja polis yang datang ke pejabat
akhbar tersebut untuk mengambil keterangan namun tiada yang enggan memberi
bekerjasama.
"Kira-kira 11.15 pagi kemudian, 4 lagi pegawai
polis datang untuk membuat rampasan dan menyoal siasat," kata kakitangan
tersebut yang tidak mahu namanya didedahkan.
Zunar merupakan penasihat kepada sidang pengarang
akhbar Suara Keadilan.
Rampasan berkenaan dipercayai berhubung dengan
siasatan polis terhadap Zunar mengikut Akta Hasutan 1948.
Ketika serbuan dibuat, Zunar berada di Cambridge,
United Kingdom.
Semasa tinjauan The Malaysian Insider ke pejabat
Suara Keadilan, Asisten Superintenden AH Lim kini sedang menyoal siasat pengurus akhbar
berkenaan Jasmin Eng.