SUBANG JAYA:
Naib Presiden MIC, Datuk T. Mohan berpandangan
adalah 'tidak adil' jika terdapat dua jenis undang-undang di dalam sesebuah
negara dalam menjatuhkan hukuman kepada seseorang, ujarnya sebagai respon
kepada Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian pindaan akta 355 yang dibawa oleh
Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut Mohan,
adalah menjadi kebimbangan kerana sekiranya RUU itu diluluskan di negeri
Kelantan, ia akan membuka ruang yang luas bagi negeri lain untuk melaksanakan
hudud di negeri masing-masing.
"Isu hudud
ini memang isu sensitif bagi masyarakat bukan Islam. Kita rasa seperti akan ada
dua undang-undang diantara Islam dan bukan Islam.
"Jadi isu
ini jika sekiranya dilaksanakan di Kelantan nanti ia akan disusuli dengan
negeri-negeri lain. Kelantan majoritinya Islam jadi tiada isu tapi apabila
sekali ia diluluskan usul ini di parlimen jadi ia juga akan diluluskan juga di
negeri-negeri lain," katanya di dalam sesi wawancara khas bersama
Antarapos.
Beliau turut
mempersoalkan bagaimana hukuman akan dilaksanakan jika orang Islam dan bukan
Islam terlibat dalam kes yang sama.
"Sekiranya
ada satu isu berlaku dengan melibatkan seorang Islam dan bukan Islam, bagaimana
hukuman itu akan berlaku? Adakah hukuman itu satu akan beri potong tangan atau
jari dan satu lagi penjara dua tahun jadi ini akan jadi pilih kasih.
"Dua-dua
ini terlibat di dalam satu kesalahan tapi hukamannya pula lain-lain dan bagi
saya Malaysia adalah sebuah negara sederhana jadi kita tidak perlu ikut seperti
negara Arab," katanya lagi.
Mohan dalam
pada itu menegaskan usul hudud ini seharusnya dibincangkan dahulu di kalangan
parti komponen BN sebelum membenarkan Hadi membentangkan RUU tersebut di
parlimen.
Sumber: KLIK DISINI