BANYAK LAGI PERNIAGAAN YANG BOLEH DITADBIR URUS ASALKAN JANGAN "DAUN KETUM"
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu bersedia
dan menyokong mana-mana pihak atau agensi kerajaan yang ingin membantu
meningkatkan sektor pertanian di negeri ini, termasuk penanaman pokok ketum sekiranya ia
dibenarkan dan memberi manfaat
kepada rakyat.
Menteri
Besarnya, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sekiranya penanaman pokok ketum itu
dibenarkan dan terbukti memberi manfaat untuk bidang perubatan dan
farmaseutikal, kerajaan negeri juga bersedia untuk bekerjasama.
Malah
katanya, sekiranya Risda yang berhasrat untuk melaksanakan projek itu
sebagaimana dilaporkan, kerajaan negeri tiada masalah, namun harus memastikan
ia dibolehkan dan dibenarkan di sisi undang-undang.
“Kita sedia
maklum daun ketum ini di bawah Akta
Racun 1952, jadi kita harus berhati-hati dan melihat kesannya tetapi jika ia
dilaksanakan di bawah satu jabatan di bawah kerajaan, saya yakin keutamaannya
akan dilihat daripada pelbagai aspek sebelum dilaksanakan.
“Kalau
perkara itu tidak memberi satu keuntungan malah keburukan kepada rakyat dan pengguna,
kerajaan negeri tidak akan terlibat. Bagaimanapun, saya merasakan perlu ada
kajian yang menyeluruh sebelum ia dilaksanakan,” katanya pada Majlis Hari Raya
Ukom Bersama Media di Jalan Pejabat di sini, hari ini.
Semalam,
media melaporkan Risda bercadang untuk menanam pokok ketum di seluruh negara
bagi memenuhi permintaan pasaran luar negara.
Pengerusi
Risda, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, jika diluluskan, Risda bercadang
untuk mengusahakan projek perintis di negeri di Utara Semenanjung, sebelum
penanamannya secara besar-besaran dilaksanakan di seluruh negara.
Sumber: KLIK DISINI