Semasa
bersembang dengan seorang pemimpin DAP baru-baru ini katanya Tony Phua adalah pemimpin DAP tanpa Tuah dan "Sui". Katanya
apa sahaja sentuhan strategi Tony Phua pasti kalah. Lihat saja kes IMDB,
kepimpinan DAP ditarik
hidung oleh Azmin Ali dan terbaru PRK Sg Besar. Katanya dari bawa
Tony Phua baik bawa "Superman" atau Hew Kuan Yau. Boleh kumpul ramai
orang.
Agaknya ada benarnya kata pemimpin DAP itu apabila melihat
kenyataan Tony Phua pada 22 Mac 2016 kepada Malaysia kini. Katanya Lim Guan Eng
tidak perlu meletak jawatan kecuali didakwa di mahkamah. Namun tidak disangka
LGE didakwa pada 30 Jun 2016.
Lebih
luar biasa pula pada tarikh sama 30 Jun 2016 Jawatankuasa Negeri DAP Pulau
Pinang yang bermesyuarat sebulat suara memutuskan Lim Guan Eng tidak perlu
meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang atau mengambil cuti
daripada tanggungjawab sebagai Ketua Menteri.
Lim Guan Eng tidak perlu letak jawatan Ketua Menteri, pentadbiran P. Pinang seperti biasa
Kenyataan bercanggah Pemimpin DAP Pusat dengan jawatankuasa
Negeri DAP Pulau Pinang ini sangat
memalukan. Kerana semua pihak tahu KES RASUAH LIM GUAN ENG ini. Kes sedang didakwa di mahkamah. Tidak seperti
kes lain seperti IMDB yang hanya disiasat dan tidak didakwa ke mahkamah.
Mana
Tony Phua nak letak muka!