Kisah Tuan Ibrahim sebagai Pesuruhjaya PAS Pahang selepas
Pilihan Raya Umum 2004 sehingga 2015 masih lagi terngiang. Ketika PRK Kerdau 2011 isu ini berbangkit
kembali dan Tuan Ibrahim terpaksa "kawtim" dengan pihak penjual tanah itu.
Kisah Tuan Ibrahim berlaku pada 1 Januari 2008 lagi menggunakan nama isteri Tuan Ibrahim untuk membeli tanah
kebun seluas kira-kira 10 ekar dan rumah serta tapaknya sekali seluas suku ekar milik seorang
peneroka bernama Mahmud A. Rahman berusia 54 tahun di Felda Jengka 13 dengan
harga keseluruhan hanya RM80,000, jauh daripada nilai pasaran akibat
terdesak.
Mahmud Rahman yang bermasalah memohon pinjaman kepada Tuan Ibrahim
yang ketika itu Pesuruh Jaya Pas atas kedudukan itu terpaksa menjual tanahnya kepada Tuan Ibrahim.
Mahmud yang terpaksa menjual tanah menyertai tanah rancangan Felda
sekitar awal 1980an, dan hampir 30 tahun memerah keringat dan air mata di tanah
ladangnya seluas 10 ekar itu.
Walaupun Tuan Ibrahim mengetahui syarat yang dikenakan terhadap
peneroka Felda adalah mereka tidak dibenarkan menjual atau menukar milikkan
tanah ladang dan tapak rumah mereka kepada pihak ketiga tanpa kebenaran Menteri
Besar, Tuan Ibrahim tetap menuntut tanah sebagai cagaran Mahmud meminjam wang
dengan Tuan Ibrahim.
Tuan Ibrahim Tuan Man mengikat satu perjanjian dengan peguam, dan
kos guaman antara RM5,000 ke RM10,000 dipotong dari pinjaman RM80,000 yang
diterima Mahmud secara tiga kali pembayaran. Tiada bantuan ikhlas dari Mantan
Pesuruhjaya PAS Pahang ini. Lagipun siapa berani melawan Pesuruhjaya PAS?
Menjadi satu persoalan besar kes ini sehingga sekarang mengapakah sebagai pemimpin kanan
sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, Tuan Ibrahim tidak membantu Mahmud untuk keluar daripada masalah
kewangan yang dihadapinya, dan tidak mengambil
kesempatan secara tidak bermoral atas kesempitan orang lain? Hari ini Tuan Ibrahim adalah Timbalan Presiden PAS. Kisah ini
tidak akan terpadam.