Rhu Rendang 23/11/2012 - Kemiskinan serta ketidakmampuan warga DUN Rhu Rendang tidak menjadi penghalang untuk terus bersama mengecapi kecemerlangan hidup masa kini dibawah kepimpinan Kerajaan BN.
Seawal pagi Jumaat Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bersama-sama JKKK Kg. Kijing dibawah anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang telah mengadakan Program Meniti Kasih dirumah Haji Abdullah.
Program diatur bagi meringankan beban yang ditanggung oleh Pak Dollah, 78 tahun bersama keluarga bagi mengurus keselesaan hidup dirumah usang serta kawasan tidak terurus.
Kerja-kerja mengecat serta memberikan kawasan persekitaran dilakukan bersama-sama penduduk setempat sehingga jam 12.00 tengahari.
Tidak terungkap bagi keluarga Pak Dollah diatas usaha murni yang diberikan kepada keluarga mereka hanya mendoakan agar Tuhan yang akan membalas jasa murni Pegawai Pembangunan DUN serta mereka-mereka yang terlibat dalam program yang dilancarkan.
Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang KLIK DISINI