Selasa, 26 Mac 2019

TUN M MENGEKALKAN RONALD KIANDE MUDAH IKUT TELUNJUK


Sebenarnya kalau Ronald Kiandee bermaruah dia sendiri akan meletak jawatan sebagai Pengerusi PAC kerana DIA SUDAH MELOMPAT KE PARTI BUNGA. Kenapa dia mahu kekal sebagai Pengerusi PAC? MESTI ADA DEAL BARU DENGAN TUN M.
Begitu juga Tun M. Kenapa kekalkan Ronald Kiande walaupun bercanggah dengan janji pilihan raya. Jawapan Tun M membuktikan isu “morally wrong” tidak berbangkit. Dia memang mahu memungkiri janji.
Pada beliau janji PILIHAN RAYA TIDAK TERIKAT DENGAN UNDANG-UNDANG. Sebab itu janji boleh dimungkiri.
Justeru, Anwar akan kempunan untuk jadi PM. Ia cuma janji untuk jatuhkan Najib dan tidak terikat dengan undang-undang.
Tun M tidak gusarpun apabila Nurul Izah meletak jawatan sebagai anggota PAC. MP Pembangkang juga telah meletak jawatan. Elok pembangkang tidak menyertai PAC sebagai protes.
Tetapi apakah muslihat Tun M mengekalkan Ronald Kiande? Apakah Tun M mahu PAC-IMDB 2.0 yang sedang berlangsung sekarang MENGIKUT TELUNJUK TUN M.

Terutamanya dalam kes kononnya laporan akhir Ketua Audit Negara kepada PAC telah dipinda.
Tan Sri Ambrin dengan berani mendedahkan bahawa dakwaan TS Madinah kononnya laporan akhir 1MDB telah dipinda adalah TIDAK BENAR KERANA YANG DIPINDA ITU HANYA MERUPAKAN “DRAF AWAL”.
Beliau menegaskan tidak ada sesiapa yang mempengaruhinya dan tidak ada pindaan dibuat kepada laporan terakhir yang dihantar kepada PAC pada 4 April 2016.
Tegas beliau, tidak ada laporan akhir versi lain. Semua di dalam kawalan beliau.
Apakah kerana penjelasan Ambrin Buang itu menyebabkan Peguam Negara terpaksa meminda pertuduhan ke atas Najib daripada meminda laporan terakhir Audit Negara untuk PAC kepada meminda draf awal laporan.
Bekas MP Kepong yang juga bekas Timbalan Pengerusi PAC DR TAN SENG GIAW telah mencabar YB Wong Kah Woh (DAP) supaya membuktikan tuduhan kononnya laporan Audit Negara dalam isu 1MDB (PAC-1MDB 1.0) telah dipinda/diubah atas arahan orang tertentu.
Kesimpulannya PENUBUHAN PAC 2.0 UNTUK MENYIASAT KES 1MDB BERMOTIF POLITIK. Mengekalkan Ronald Kiandee yang sudah menyertai PPBM juga bermotif politik.
Konsep “MORALLY WRONG” tidak ada dalam kamus Tun M.
Tindakan Nurul Izzah meletak jawatan adalah penyesalan terbuka.
MESEJ IZZAH IALAH JANGAN PERCAYA KEPADA DIKTATOR. SEMUANYA JADI ROSAK DAN HURU HARA.
Rujukan: KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...