Selasa, 21 Ogos 2012

Mesyuarat Persiapan Majlis Jamuan Hari Raya


Rhu Rendang 20/08/2012 - Bagi memperkemaskan serta melicinkan perjalanan Majlis Jamuan Hari Raya DUN Rhu Rendang yang akan diadakan pada 26/08/2012, satu mesyuarat khas telah diadakan bagi membentuk AJK Kerja yang betul-betul mantap, agar majlis yang diadakan berjalan dengan licin dan teratur sebagaimana yang telah dijadualkan.

Mesyuarat diadakan dirumah kediaman Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku kira-kira jam 9.00 malam yang disusuli majlis sembahyang hajat kira-kira 30 orang penduduk setempat.

Turut hadir En. Anuar Yahya (Pengerusi APMT), En. Zaidi Awang (Ketua Pemuda UMNO Dun), En. Maliki serta beberapa orang Pengerusi /Timbalan JKKK Kg. Darat Pak Chan dan Kg. Batangan.


Beberapa orang AJK dilantik bagi mengetuai plan tindakan kerja-kerja mengurus bagi tujuan tersebut termasuk beberapa AJK Wanita/Puteri UMNO. Mesyuarat selesai kira-kira jam 11.00 malam dengan mandat yang diharapkan oleh Tuan Haji Nik Dir agar semua AJK dapat melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawab dengan penuh didikasi, agar majlis dapat dijalankan sepertimana yang telah dijadualkan.


Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...