Rhu Rendang 08/07/2012 - Majlis Berbuka Puasa Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang bersama Veteren UMNO Marang telah diadakan di Marang Village Resort & SPA, Kelulut, Marang. Seramai 300 orang ahli turut hadir dimajlis yang diadakan.
Dalam ucapan ringkas Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku berkata, veteran UMNO merupakan pendukung dan watak utama yang bertindak mempertahankan UMNO dulu, kini dan selamanya serta sebagai pejuang UMNO yang tulen pastinya mereka tidak akan menjadi pengkhianat kepada bangsa dan parti sehingga penghujung perjuangan.
Beliau juga meminta supaya veteran UMNO tidak mudah berasa hati apabila kadangkala usaha dan jasa mereka dipandang sepi oleh pemimpin dan ahli UMNO masa kini.
Tuan Haji Nik Dir juga berkata dalam perjuangan sebagai orang politik, semua pihak haruslah sentiasa tabah dan cekal merentangi apa sahaja masalah termasuk mengelak diri daripada berkecil hati, membawa hati, makan hati serta tidak melakukan perkara yang boleh menimbulkan rasa hati terhadap orang lain, selain harus sentiasa berhati-hati.
Beliau juga menyifatkan `tiada dulu, tiada sekarang’ kerana ahli UMNO veteran merupakan golongan pejuang yang bertanggungjawab mewujudkan cawangan UMNO di setiap kampung dan membentuk kekuatan UMNO satu masa dulu.
“Jadi kita mengharapkan generasi UMNO sekarang sama-sama berganding bahu dengan veteran dan tidak boleh melupakan hasil perjuangan mereka selama ini. Kita tidak boleh ketepikan mereka.
“Kita parti yang mengharapkn undi dan setiap orang memiliki kuasa yang besar dalam menentukan menang dan kalah sesuatu parti pada setiap pilihan raya. Jadi, ahli UMNO ini kita perlu dekati, jumpa kembali dan ambil cakna supaya mereka ini lebih bersemangat serta tidak terpinggir dan terkilan,” katanya.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI