Rhu Rendang 18/08/2012 - Bagi memenuhi hasrat Warga DUN Rhu Rendang, Pegawai Pembangunan DUN, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku pada hari ini seawal jam 10.00 pagi telah mengadakan meja terbuka dikediaman beliau hanya semata-mata untuk menunggu warga DUN Rhu Rendang yang masih lagi belum menerima bantuan Dana Bakti Remaja dan Dana Hari Raya.
Turut menyempurnakan tugas-tugas murni Pengerusi APMT Daerah Marang En. Anuar Yahya bersama-sama dengan anak buahnya berjaya melaksanakan tugas dengan begitu cemerlang dan memenuhi keteria-kateria yang ditetapkan.
Warga DUN Rhu Rendang yang ditemui mengucapkan jutaan terima kasih dan bersyukur mendapat seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat sebagaimana Tuan Haji Nik Dir.
Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI