Selasa, 14 Ogos 2012

Majlis berbuka puasa bersama MB Terengganu


Rhu Rendang 13/08/2012 - Program majlis berbuka puasa masyarakat DUN Rhu Rendang bersama Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said berlangsung di perkarangan Masjid Haji Ahmad Ibrahim, Kg. Rhu Rendang, Marang, bermula jam 5.30 petang.

Seramai lebih kurang 2,000 orang hadir dimajlis yang dianjurkan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku serta JKKK Kg. Rhu Rendang.

Turut hadir YB Datuk Yahaya Khatib Muhamad, YB Senator Puan Zaiton, PP DUN Alor Limbat, PP DUN Bukit Payong, Ketua-Ketua Jabatan, Pengerusi JKKK, Pelajar-Pelajar Sekolah serta warga DUN Rhu Rendang.

Dalam ucapan ringkas Tuan Haji Nik Dir mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB MB Terengganu yang sudi melapangkan masa bersama-sama meraikan majlis yang diadakan bersama warga DUN Rhu Rendang bagi tahun 2012. Tahniah juga diucapkan kepada Pengerusi dan JKKK Kg. Rhu Rendang yang telah bertungkus lumus menyiapkan serta menyediakan pasarana yang begitu indah dan tersusun serta semua jabatan yang terlibat dalam persiapan mengurus majlis yang diadakan.



Menteri Besar turut menyampaikan bantuan hari raya Aidilfitri 2012 kepada Empat DUN didalam Daerah Marang iaitu DUN Pengkalan Berangan - RM2,091200.00, DUN Rhu Rendang - RM1,787,300.00, DUN Bukit Payong - RM1,363,000.00 dan DUN Alor Limbat - RM1,854,800.00.

 

Majlis berbuka yang diadakan itu dapat mengeratkan lagi silatulrahim antara penduduk setempat khususnya ahli UMNO di bahagian berkenaan dengan pemimpin mereka.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...