Rhu Rendang 07/08/2012 - Walaupun dalam bulan Ramadan Al-Mubarak Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku seawal jam 9.30 pagi telah berada di Dewan Utama Majlis Daerah Marang untuk menyampaikan bantuan Dana Hari Raya kepada 1,025 orang penerima dari peti undi Kijing sumbangan Kerajaan Negeri sempena Aidilfitri tahun ini.
Didalam program yang diadakah tidak ketinggalan disertai oleh petugas-petugas APMT Daerah Marang yang diketuai oleh saudara En. Anuar Yahya, turut memberikan bantuan sepenuhnya bagi menjayakan program yang diatur demi untuk masyarakat.
Penerima terbabit termasuk golongan miskin, Orang Kelainan Kurang Upaya (OKU), Warga Emas, Duda, dan Ibu Tunggal menerima bayaran dana secara berperingkat-pewringkat bermula pada 05/08/2012 dan berakhir pada 14/08/2012 ini.
Urusan pembayaran yang dilakukan oleh Pejabat Daerah Marang (PDM) yang membabitkan peruntukkan yang besar bertujuan membantu golongan berkenaan menyambut hari raya dengan lebih ceria.
Tuan Haji Nik Dir berkata dalam ucapan ringkasnya, pengagihan dana berkenaan tidak dilakukan di negeri lain dan Terengganu sebagai pencentusnya memberi manfaat besar kepada golongan berkenaan untuk mengadakan persiapan hari raya dan sepatutnya bersyukur dengan adanya sumbangan seumpama itu kerana setiap tahun menjelang hari raya.
Beliau berkata, penerima yang mendapat antara RM200 hingga RM300 berdasarkan kategori masing-masing hendaklan memanfaatkan sumber itu untuk tujuan keluarga.
“Pelbagai bantuan dan agihan disediakan oleh Kerajaan Negeri dan Pusat kepada rakyat membuktikan pemerintah Barisan Nasional (BN) sentiasa peka kepada keperluan rakyat,” katanya.
Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI