Khamis, 2 Ogos 2012

Ibu Tunggal dan Pesakit Kronik mendapat perhatian

Puan Noraini Sulong menerima bantuan daripada Tuan Haji Nik Dir
Marang 01/08/2012 - Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku yang disertai bersama Pegawai JKM Daerah Marang, Penghulu Mukim Pulau Kerengga, mengambil pendekatan berkunjung ke beberapa buah rumah ibu tunggal dan pesakit-kesakit kronik bagi mengeratkan lagi talisilaturrahim bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak.

Puan Normah binti Abdul Razak, 48 tahun, Kg. Kuala Tengah, Pulau Kerengga yang kehilangan suami tersayang akibat kemalangan jalanraya beberapa hari yang lalu. Dengan rasa pilu dan terima kasih serta tidak dapat hendak digambarkan kegembiraan apabila kedatangan Pegawai Pembangunan DUN serta rombongan ke rumah beliau.

Bagi Puan Noraini binti Sulong, 49 tahun, tinggal di Perumahan RAKR, Taman Desa Permai, Kg. Darat Pak Chan pula kehilangan suami tiga hari yang lalu akibat terjatuh daripada m/sikal yang ditunggangi di Kg. Alor Pak Bang. Meninggal di Hospital SNZ akibat pendarahan dikepala.

Puan Zaimah binti Muhammad, 49 tahun, tinggal di Kg. Pantai Seberang Marang pula kehilangan suami tersayang sebelum menjelangnya bulan Ramadan kerana mengidap sakit angin ahmal.


Manakala pesakit kronik Ab Kadir bin Yusuf, 69 tahun, tinggal di Kg. Gong Beris telah kehilangan segala-galanya kerana mengidap angin ahmal sejak beberapa hari yang lalu. Hanya berbaring dan tidak boleh bergerak serta melakukan sesuatu hanya dengan bantuan isteri serta anak-anak.


Pesakit kronik terakhir yang dilawati adalah En. Aminuddin bin Nor Hafizin, 25 tahun, seorang pelajar Kolej tinggal di Perumahan Polis IPD Marang mengidap sakit kronik yang memerlukan rawatan ulangan di Kuala Lumpur. Kelihatan segar dan sihat namun disebaliknya berlaku pada diri Aminuddin apabila penyakitnya datang menyerang, sehinggakan beliau lupa dan matanya akan menjadi pudar serta kesakitan yang teramat sangat.


Menurut ibu Aminuddin, beliau dan keluarga tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan perubatan yang memerlukan kos yang tinggi bagi menjalani pembedahan dengan melibatkan RM80,000. Aminuddin adalah anak sulong daripada sebelas orang adik beradik. Bapanya adalah seorang anggota polis bertugas di IPD Marang.

Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku telah menghulurkan bantuan berupa wang tunai daripada Kerajaan Negeri serta dari JKM dan barang keperluan hari bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga mereka yang berkenaan.

Program seumpama ini akan diteruskan dari masa kesemasa bagi menentukan warga DUN Rhu Rendang tidak terpinggir daripada arus kemampuan sebagaimana yang dinikmati mereka-mereka yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...