Rabu, 1 Ogos 2012

AYUH ANAK TERENGGANU BUKTIKAN KEMAMPUAN MALAYSIA BOLEH !!!


Ketika hasrat peminat melihat kejayaan diraih bagi acara berbasikal lebuh raya di Olimpik London menerusi gandingan Muhamad Adiq Husainie Othman dan Amir Mustafa Rusli musnah, harapan kini terarah pula kepada dua lagi pelumba trek sensasi, Mohd Azizulhasni Awang (gambar kanan) dan Fatehah Mustapa (gambar kiri).
Pada perlumbaan 250 kilometer (km) Sabtu lalu, Muhamad Adiq Husainie dan Amir Mustafa diarahkan berhenti oleh komisar kerana ketinggalan 18 minit di belakang pendahulu ketika perlumbaan berbaki 50km lagi.
Sementara Azizulhasni berkata dia sudah bersedia untuk mengembalikan sentuhan `The Rocketpocketman’ pada temasya Olimpik London .
Selepas sekian lama menyepikan diri ekoran daripada beberapa insiden kemalangan sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi daripada peminat, wira berbasikal negara itu, memiliki alasan tersendiri.
“Saya dirancang untuk mencapai kemuncak (peak) pada Sukan Olimpik 2012. Jurulatih John Beasley meminta saya jangan terlalu cepat untuk sampai kemuncak kerana kejohanan besar yang menanti adalah Olimpik," katanya.
Malah, keyakinannya tetap memuncak walaupun dihambat kecederaan terbaru apabila terjatuh dalam satu kejohanan di Koln, Jerman antara perlumbaan yang disertainya untuk persiapan ke Olimpik, tiga hari sebelum menjelangnya temasya itu, baru-baru ini.
Berita selanjutnya sila KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...