Sabtu, 29 Oktober 2011

PENYOKONG SKUAD PENYU DUN RHU RENDANG


Rhu Rendang 28/10/2011 - Penyokong-penyokong Skuad Penyu DUN Rhu Rendang, Marang mula berkumpul di perkarangan Bangunan UMNO Marang jam 9.00 malam, menunggu kedatangan 3 buah bas terakhir yang telah diatur. Namun begitu 7 buah bas penyokong-penyokong yang telah disediakan telahpun berlepas lebih awal. Bas terakhir telah ditempah daripada Kuala Lumpur bagi memenuhi hasrat penyokong Skuad Penyu DUN Rhu Rendang untuk bertandang ke Stadium Shah Alam, Selangor.


Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku turut hadir memberi sokong serta semangat kepada penyokong Skuad Penyu DUN Rhu Rendang serta memberikan kata-kata nasihat agar lebih berhati-hati semasa perjalanan pergi dan kembali.  Beliau berharap Skuad Penyu akan membawa balik ke Negeri Terengganu Darul Iman, Piala Malaysia 2011 sebagaimana yang dihajati oleh semua rakyat.




Gambaran selanjutnya sila layari di 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...