Khamis, 20 Oktober 2011

ANUGERAH DESA CEMERLANG 2011 DAERAH MARANG



Medan Jaya 20/10/2011 - Pemilihan Anugerah Desa Cemerlang 2011 bagi Daerah Marang berlangsung pada awal bulan Oktober, 2011. Pada peringkat awalnya Majlis Daerah Marang telah menubuhkan Ahli Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih 4 buah kampung didalam Daerah Marang yang benar-benar layak dengan menepati kateria yang telah ditetapkan.  Empat buah kampong yang telah terpilih adalah Kg. Bukit Sawa, Kg. Banggol Pak Ali, Kg. Rawai dan Kg. Medan Jaya akan menjalani pemilihan terakhir oleh beberapa orang AJK Khas yang telah dilantik untuk dipilih ke peringkat Negeri Terengganu.



Diantara penilaian dari aspek yang telah ditetapkan adalah Kepimpinan dan Institusi, Pendidikan, Ekonomi, Kebersihan dan Kesihatan, Keceriaan dan Keindahan, Kerohanian dan Sivik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.



Taklimat serta persembahan bagi Kg. Medan Jaya telah diadakan pada hari ini mulai jam 9.30 pagi di Dewan Serbaguna, Kg. Medan Jaya, Marang, Terengganu sehingga lewat jam 1.30 t/hari.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...