RHU RENDANG 04/09/2011 - Warganegara Marang sedang sibuk berhari raya, tapi malang bagi dua keluarga di Kg. Pulau Kerengga, Marang, Terengganu mendapat perhatian serta simpati daripada Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku serta pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Marang dan juga Penghulu Mukim Pulau Kerengga. Maksud tersirat mengenai kejadian ribut yang melanda pada 02/09/2011 jam lebih kurang 4.00 petang.
Ini adalah lawatan kali kedua PPD Rhu Rendang kerumah yang dimaksudkan bagi menjelaskan tujuan sebenar yang akan dilakukan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat oleh kerana kerugian yang dialami adalah agak besar.
Mangsa pertama: Encik Ramli bin Bakar, 53 tahun, kerja: nelayan mengalami kerugian yang agak besar dimana keseluruhan bahagian bumbung rumahnya telah diterbangkan oleh angin kencang disamping menumbangkan beberapa batang pokok kelapa. Namun begitu tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Mangsa kedua - Encik Mohd. Rosli bin Ali, 4o tahun, kerja: nelayan, tinggal bersama-sama 5 orang anak.
Mudah-mudahan bantuan yang dijanjikan dapat dikeluarkan dalam tempoh masa terdekat agar dapat kedua-dua keluarga berhari raya bersama sanak saudara. Insyallah.