Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Mohamed Awang berkata, SDSI menghimpunkan pelbagai bentuk dan pasaran perniagaan yang berpotensi untuk disertai oleh usahawan sekali gus membantu mereka memasuki pasaran lebih luas.
Menurutnya, melalui SDSI, usahawan mampu mengubah potensi perniagaan mereka ke tahap
"SDSI kali ini dianggap program industri yang hebat kerana ia menghimpunkan usahawan dari tiga negeri iaitu Terengganu, Pahang dan Kelantan dan masing-masing memperkenalkan produk hasil keluaran anak tempatan.
"Namun pada masa sama, SDSI membantu membuka minda usahawan untuk menguasai skop pasaran yang lebih besar," katanya.
Program tiga hari itu mengumpul 70 usahawan yang mula dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Turut diadakan Seminar Keusahawanan, demontrasi permainan tradisional, demontrasi masakan produk dan persembahan kanak-kanak.
Kata Dato’ Mohamed, penganjuran SDSI mampu mengubah pemikiran usahawan tempatan agar lebih kreatif dan inovatif dalam menghasilkan produk mereka dan tidak semata-mata mengeluarkan barangan yang sedia ada terdapat di pasaran.
Melalui program itu katanya, para usahawan berpeluang berkongsi kepakaran dan kaedah pemasaran perniagaan dengan usahawan lain terutama mereka yang telah berjaya menembusi pasaran luar negara.