Jumaat, 9 September 2011

MAJLIS HARI RAYA DUN RHU RENDANG MERIAH & CERIA


Rhu Rendang 08/09/2011 - Memeriahkan lagi sambutan hari lebaran tahun ini, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya di perkarangan KRT Kg. Darat Pak Chan, Marang pada 08/09/2011 mulai jam 11.00 pagi.





Dianggarkan 5,000 orang muslimin dan muslimat hadir memeriahkan majlis yang diadakan dan turut sama YB Dato' Yahya Khatib serta beberapa orang kenamaan dan penuntut sekolah.





Pada malam sebelumnya majlis memotong daging turut diadakan diperkarangan yang sama bermula jam 8.30 malam yang disertai penduduk kampong dan Pengerusi JKKK Dun Rhu Rendang.




Beliau turut gembira diatas sokongan serta kehadiran yang begitu menggalakan jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga dapat diucapkan oleh beliau kepada semua yang terlibat menguruskan majlis dengan jayanya serta pengunjung-pengunjung yang hadir.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...