Ahad, 18 September 2011

Rakyat Diminta Terus Sokong Kerajaan


Rakyat perlu memberi sokongan penuh kepada kerajaan negeri agar transformasi pembangunan dapat diteruskan di masa akan datang.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata proses pembangunan negeri akan terjejas jika kerajaan negeri yang ada sekarang ini tidak diberi peluang untuk terus menerajui pentadbiran negeri ini.




Beliau berkata, pihaknya telah melakukan yang terbaik bagi memastikan rakyat mendapat kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik selaras dengan konsep “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan” yang menjajdi amalan pentadbiran beliau.


Justeru itu, beliau amat mengharapkan agar rakyat sentiasa bersyukur dan mengenang budi kerajaan yang telah banyak membantu menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan ulangtahun penubuhan Malaysia dan Hari Kemerdekaan Negara peringkat negeri Terengganu di Pantai Kijal.





Lebih 15,000 orang membanjiri kawasan rekreasi tersebut yang turut dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api.

Hadir sama Ahli-Ahli Majlis mesyuarat kerajaan, wakil-wakil rakyat, ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat .


Menteri Besar turut mengingatkan rakyat negeri ini supaya tidak lupa dengan sejarah kemerdekaan negara dan menyanjung tinggi pemimpin yang telah banyak berjasa bagi membebaskan negara daripada mengagung-agungkan komunis kerana kepentingan poliitik. dijajah.

Beliau juga meminta agar mereka tidak dikelirukan dengan tindakan pihak berkenaan yang mahu mengagung-agungkan perjuangan komunis untuk kepentingan politik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...