Jumaat, 16 September 2011

LAWATAN PPD RHU RENDANG - PEMAIN BOLASEPAK T-TEAM CEDERA


RHU RENDANG 16/09/2011 - Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, seawal pagi bersama-sama beberapa orang pemberita telahpun berkunjung hormat kali kedua ke rumah bekas pemain T-Team Mohd. Zulkhairi Ahmad Tarmizi yang mendapat kecederaan putus keseluruhan jari tangan kanan, akibat mesin pengisar air tebu yang berlaku dalam bulan Ramadhan.



Memandangkan kecederaan yang dialami oleh Mohd. Zulkhairi, 21 tahun agak serious, maka Peg. Pembangunan DUN berjanji akan mengambil tindakan yang lebih drastik untuk mendapatkan sumber kewangan bagi membantu Mohd. Zulkhairi, bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarganya dari segi rawatan hospital dan sebagainya.


Tuan Haji Nik Dir juga memberi kata perangsang kepada Mohd. Zulkhairi supaya jangan patah semangat untuk meneruskan kariernya dalam bidang bolasepak, walaupun mengalami kecederaaan. Kebolehan yang ada perlu ditingkatkan demi memertabatkan sukan bolasepak di kawasan DUN Rhu Rendang. Sumbangan peribadi juga disampaikan oleh Tuan Haji Nik Dir kepada Mohd. Zulkhairi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...