Rhu Rendang 17/06/2012 - Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, yang disertai bersama Ketua Wanita/Pemuda UMNO DUN Rhu Rendang telah mengadakan lawatan kebajikan keatas pesakit kronik serta warga emas di Kg. Batangan, Marang.
Lawatan bermula jam 10.00 pagi dan selesai jam 1.00 t/hari yang melibatkan 14 orang pesakit termasuk 3 OKU. Sumbangan berbentuk barang makanan serta wang tunai dan juga kerusi roda telah diagih-agihkan mengikut peruntukan yang ditetapkan mengikut keperluan.
Walaubagaimana pun Tuan Haji Nik Dir telah mengarahkan Pengerusi JKKK serta AJKnya memantau kebajikan mereka-mereka yang memerlukan agar bantuan dapat disampaikan dengan tidak mengikut fahaman politiknya.
Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI