Isnin, 25 Jun 2012

Program Pemimpin Dan Masyarakat 1Malaysia Kg. Rhu Muda


Rhu Rendang 24/06/2012 - Program Pemimpin & Masyarakat 1Malaysia bersama warga Kg. Rhu Muda, Marang, telah diadakan di Balai Raya Kg. Rhu Muda pada hari ini bermula jam 9.00 malam anjuran JKKK Kg. Rhu Muda.

Berbagai aturcara telah diatur bagi menyemarakkan lagi program termasuk ceramah khas daripada Pegawai BTN Negeri Terengganu Tuan Haji Abdullah Ibrahim dan wakil badan NGO Ikatan Mahabbab Nasional (IMAN) En. Mohd. Faizal Aidin (penyumbang bantuan) daripada Kuala Lumpur.

Menurut Pengerusi JKKK En. Hasmadi Ghaza program yang dianjur ini adalah semata-mata untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim diantara warga setempat disamping menyampaikan maklumat-maklumat semasa yang diutarakan oleh penceramah jemputan.

 

Bantuan berupa barangan keperluan telah disampaikan kepada warga emas, ibu tunggal, warga miskin dan OKU oleh wakil Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang Tuan Haji Maliki dan wakil Ngo IMAN En. Mohd. Faizal Aidin. Seramai 55 orang penerima bantuan masing-masing menyuarakan perasaan terharu dan terima kasih kepada pihak yang terlibat.

 

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...