Sabtu, 23 Jun 2012

PROGRAM PEMIMPIN BERSAMA MASYARAKAT KG. BATANGAN


Rhu Rendang 21/06/2012 - Program Pemimpin Bersama Masyarakat sempena Majlis Penyerahan Borang Lesen Menduduki Sementara (LMS) dan Undi Lot (peserta tambahan) RTB Balik Bukit, Kg. Batangan, Marang, berlangsung di Bengkel Masakan Masjid, Kg. Batangan.  

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, dimana turut hadir En. Mohd. Shukri bin Jantan, CC Pejabat Tanah Daerah Marang.

Seramai 33 orang peserta tambahan menerima LMS disamping pengundian untuk menetapkan lot bagi setiap peserta.  LMS adalah untuk selama 3 tahun untuk diusahakan, sebelum penilaian semula dijalankan oleh Pejabat Tanah Daerah bagi mengeluarkan geran lot pada tahun ke empat.


Menurut Tuan Haji Nik Dir, sebelum daripada ini, seramai 103 orang  telah pun mendapat LMS bermula tahun 2007 hingga 2009, manakala 7 orang sahaja yang berjaya menyambung LMS sehingga 2011, kerana masih ada lagi peserta yang tidak mengusahakan sepertimana syarat LMS yang ditetapkan.

 

Namun begitu jika syarat mengusahakannya tidak dipatuhi sehingga tahun ke 7, maka pihak Pejabat Tanah Daerah akan membatalkan hak menduduki sementara dan akan menjadi hak Kerajaan Negeri.

untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...