Selasa, 12 Jun 2012

TAK GUNA BERDEBAT DENGAN PAS ???

Ahmad: Tak guna debat
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menegaskan beliau tidak akan melayan hasrat Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut untuk berdebat dengannya bagi membincangkan isu setempat berkaitan negeri Terengganu.

Menurutnya, cabaran tersebut tidak akan disahutnya bukan kerana takut sebaliknya beliau melihat tiada sebarang kepentingan atau faedah untuk berbuat demikian kerana Pas akan tetap mengatakan Umno dan BN sebagai penipu.


“Kita tidak akan layan cabaran tersebut kerana ia tiada faedah. Saya tidak takut untuk adakan debat dengan pemimpin Pas kerana dahulupun saya merupakan seorang pemidato.

Sebaliknya, kita melihat tiada sebarang keperluan untuk berbuat begitu.


“Cukuplah sekadar debat sewaktu Dun bersidang kerana walaupun selama ini kita memberitahu perkara yang betulpun, mereka tetap akan kata kita menipu serta memutar belit cerita sebenar kepada rakyat.


“Bila ajak debat bersungguh- sungguh tetapi bila diajak muzakarah, macam-macam alasan dan cerita yang timbul.


Daripada ajak debat, lebih baik muzakarah tetapi sebaliknya pula yang berlaku,” katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas isu tersebut.


Sinar Harian pada 27 Mei lalu melaporkan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut mencabar Ahmad agar berdebat mengenai isu setempat yang berlaku di negeri ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...