Khamis, 5 April 2012

LAWATAN PESAKIT KRONIK & MISKIN KAWASAN SEBERANG MARANG, RHU MUDA DAN PULAU KERENGGA


En. Othaman bin Mamat bersama Tuan Haji Nik Dir dirumahnya 

Marang 03/04/2012 - Disebelah petangnya bermula jam 3.00 pm, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang dengan disertai Pegawai JKM Daerah Marang, Pemuda dan Wanita UMNO Rhu Rendang telah mengadakan lawatan serta menyampaikan bantuan wang tunai dan barangan keperluan harian kepada beberapa keluarga pesakit kronik serta miskin di sekitar kawasan Seberang Marang, Kg. Rhu Muda dan Pulau Kerengga.


Diantaranya mereka adalah En. Othaman bin Mamat, 56 tahun, Kg. Masjid Hj Said, Seberang Marang, hidup sebatang kara dan bekerja sebagai nelayan pantai.  Ketika ini beliau tidak dapat turun ke laut kerana masalah kesihatan.  Sejak beliau menyertai PAS 30 tahun yang lalu, tiada sebarang bantuan ataupun pemimpin PAS turun melihat sendiri kesusahan yang ditanggung oleh beliau.

Puan Mandak binti Awang, 76 th.

Manakala Puan Mandak binti Awang, 76 th, Kg. Pantai Seberang Marang, mengidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit tua.

Puan Sepiah binti Omar, 59 tahun, Kg. Pantai Tukang Perahu, Seberang Marang pula mengidap penyakit lumpuh sejak 15 tahun yang lalu dan tidak boleh bercakap.

Puan Sepiah binti Omar, 59 tahun

Puan Zainon binti Muhamad, 63 tahun, Kg. Rhu Muda mengidap penyakit lumpuh sejak 6 tahun yang lalu, hanya berbaring ditilam tanpa boleh bergerak dan berkata-kata.

Puan Zainon binti Muhamad, 63 tahun,

En. Azmi bin Mohd. Amin, 36 th, Kg. Pulau Kerengga, terlantar dibilik rumahnya sejak 6 tahun yang lalu akibat kemalangan jalanraya.

En. Azmi bin Mohd. Amin, 36 tahun
Manakala En. Junid bin Endut, 64 tahun, mengidap sakit kencing manis sejak beberapa tahun yang lalu dimana kaki sebelah kanan hingga paras lutut telah dipotong.


En. Junid bin Endut, 64 tahun
Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang sepertimana berikut:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...