Ahad, 15 April 2012

HARI KELUARGA BENGKEL PEMULIHAN KEBAJIKAN MARANG 2012


Marang 14/04/2012 - Majlis Hari Keluarga Bengkel Pemulihan (OKU) Kebajikan Daerah Marang 2012 berlangsung di Bengkel Pemulihan (OKU) Pulau Kerengga bermula dari jam 8.00 pagi hingga lewat petang. Berbagai-bagai acara sukan/permainan telah diadakan untuk ahli keluarga dan OKU sendiri.


Penutupan majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, yang turut dihadiri Penolong Kanan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu.


Objektif Hari Keluarga Bengkel Pemulihan ini diadakan adalah untuk menghimpun ahli keluarga dengan program kekeluargaan yang menarik dan diisi dengan acara-acara khusus bersesuaian dengan orang dewasa, remaja, kanak-kanak dan OKU. Selain memupuk tali silaturrahim dan ukhwah yang sejati dikalangan ahli keluarga penghuni.


Dalam ucapan ringkas yang disampaikan oleh Tuan Haji Nik Dir, meminta semua penghuni Bengkel Pemulihan (OKU) bersyukur kehadrat Allah S.W.T dan berterima kasih kepada pihak Kerajaan yang telah memberikan berbagai-bagai bantuan yang disalurkan, terutamanya Kerajaan BN Negeri Terengganu yang tidak boleh didapati dinegeri-negeri lain dinegara kita ini. Berlebih-lebih lagi dengan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi dalam menghadapi pilihanraya UMUM ke 13 yang akan datang.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook berikut:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...