Rabu, 25 April 2012

Pemimpin Pas terang-terangan memaki hamun pemimpin Umno


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said dengan dada yang lapang penuh keikhlasan menerima kehadiran Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri untuk menyerahkan memorandum berkaitan isu tanah yang cuba dibangkit dan putarbelitkan.

Dato’ Seri Ahmad yang amat sibuk di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman dengan sentiasa tersenyum tetap memberi ruang masa untuk menerima kehadiran Satiful Bahri dan rombongan.

Walaupun sebelumnya, dalam ucapan semasa demonstrasi di depan Wisma Darul Iman, di sini pagi ini pemimpin Pas terang-terangan memaki hamun pemimpin Umno termasuk melaungkan:


“Hancur Umno, hancur BN, hidup Pakatan!- Allahuakbar!”. Dato’ Seri Ahmad tetap sabar dengan celaan dan cercaan itu, sebaliknya melayan pemimpin dan penyokong Pas dengan penuh mesra selaras dengan tuntutan ajaran Islam.

Sikap berani dan jujur yang ditunjukkan oleh Dato’ Seri Ahmad amatlah dikagumi berbanding pemimpin Pas sebelum ini semasa pernah menjadi Menteri Besar, tetapi lari ikut pintu belakang bila Pemuda Umno hendak menyerahkan memorandum.

Peliknya ketika penyokong Pas berpeluh dan berpenat-lelah demonstrasi ahli-ahli YB wakil rakyat Pas hanya berehat dan menikmati minuman di bilik rehat DUN.

Sumber:teganukita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...