Ahad, 1 April 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 29 DAN MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2012 SMK TENGKU LELA SEGARA


Marang 31/03/2012 - Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 29 & Penyampaian Anugerah Cemerlang 2012 Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku LELA Segara telah diadakan pada hari ini di Dewan Mutiara Budi SMKTLS, bermula jam 9.00 pagi.


Majlis perasmian serta penutupan telah disempurkan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku disamping menyampaikan derma bantuan kepada tabung PIBG berjumlah RM5,000. Turut hadir YDP PIBG En. Roslan bin Ngah, Pengetua SMKTLS En. Mukhtar bin A. Ghani.

 

Majlis Anugerah Cemerlang yang diadakan adalah merupakan pengiktirafan dan penghargaan kepada para pelajar yang telah membuktikan keupayaan diri dalam meraih kecemerlangan dan kejayaan dalam peperiksaan awam (PMR, SPM dan STPM). Dalam peperiksaan PMR 2011, seramai 26 orang pelajar mendapat straight A dengan GPS 2.17.
 

Peperiksaan SPM pula, seramai 6 orang pelajar mendapat straight A dengan GPS 4.64, manakala peperiksaan STPM seramai 11 orang pelajar telah mendapat GPS 3.33 ke atas dan pelajar terbaik mendapat 3A dan 1A, GPMP yang dicapai adalah 3.92.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook berikut:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...