Sabtu, 14 April 2012

Penyelesaian Isu Tanah di Rusila, Marang



Isu tanah di Rusila bukanlah isu baru tetapi telah lama dibangkitkan dan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Dato’ Seri Ahmad Bin Said cuba sedaya upaya dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan tanah ini. Menteri Besar mengambil berat akan isu ini dan akan berusaha sebaik mungkin dalam mencari penyelesaian terbaik demi rakyat amnya di kawasan Rusila ini.

sebahagian dari penduduk yang hadir
Isu tanah haram yang diusahakan oleh penduduk juga dijelaskan oleh menteri besar. Beliau berkata kebanyaakn tanah yang diusahakan oleh penduduk adalah tanah kerajaan yang diteroka secara haram dan tidak mengikut prosedur yang betul untuk menerokai tanah.

MB turut menyelar segelintir sikap peneroka haram yang apabila mendapat hak milik tanah telah menjualnya kepada pihak ketiga. Beliau turut menambah, penguatkuasa  kini memantau keadaan tanah haram yang diusahakan dan telah mengambil tindakan undang-undang kepada yang berkenaan.

MB bersama penduduk tempatan
MB turut menambah bahawa projek perumahan yang sedang dilaksanakan adalah demi kepentingan rakyat. Projek perumahan Pangsa Gemilang di Ladang dan yang terbaru di Pulau Duyong memperlihatkan keprihtinan kerajaan apabila kerajaan menanggung subsidi yang  besar dalam kos pembinaan rumah.

Rata- rata penduduk yang ditemui juga melahirkan rasa terima kasih kepada Dato’ Seri Ahmad Bin Said kerana peka dan mengambil berat akan nasib penduduk tanpa mengira fahaman politik. 

MB menyampaikan saguhati kepada salah seorang penduduk
Di akhir ucapan, Menteri Besar turut berjanji akan sedaya upaya menyelesaikan kemelut tanah bagi kesejahteraan penduduk setempat. Beliau turut mengarahkan Pegawai Daerah Marang, supaya segera menyemak dan menyelesaikan isu ini. Beliau turut menyampaikan sedikit sumbangan  kepada penduduk yang hadir.

Sumber:ahmadsaid.net

Paparan selanjutnya sila Klik Disini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...