Rabu, 18 April 2012

PENGAGIHAN NETBOOK PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH PARLIMEN MARANG


Marang 17/04/2012 - Pembahagian / pengagihan Netbook kepada pelajar-pelajar sekolah Tingkatan 3 hingga ke Tingkatan 6 kawasan Parlimen Marang (DUN Rhu Rendang) telah diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Marang, Marang, Terengganu. Majlis penyerahan telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar, Pegawai Pembangunan Parlimen Marang.

Turut hadir Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Timbalan Pengarah SKMM Kawasan Timor Encik Syed Anas Syed Omar. Semasa ucapan ringkas En Syed Anas berkata, pemberian netbook 1Malaysia melalui program ‘Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan’ yang mula diperkenalkan kerajaan pada pertengahan tahun lalu.


“Semua pelajar yang mempunyai ibu bapa mempunyai pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan layak menerima pengagihan netbook,” katanya. dan pelajar yang menerima netbook itu perlu mendaftar bagi mendapatkan kemudahan jalur lebar melalui pakej yang ditawarkan serendah RM25 sebulan bagi mereka yang belum mempunyai kemudahan internet di rumah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...