Isnin, 23 April 2012

1Rakyat 1Lot Tanah - MB Terengganu



Pendemokrasian tanah bagi rakyat Terengganu dilaksanakan Kerajaan Negeri, mampu membolehkan setiap anak watan di negeri ini mempunyai sebidang tanah sekali gus memastikan matlamat untuk melihat sekurang-kurangnya 1rakyat 1lot tanah tercapai.

“Kita akui tanah adalah aset yang bernilai dan kerana ini jugalah ada yang sanggup bermasam-muka sesama ahli keluarga. Selaras dengan usaha ingin melihat sekurang-kurangnya semua rakyat di negeri ini mempunyai tanah, kita laksanakan sistem pendemokrasian tanah ini.

“Setiap rakyat Terengganu ini berpeluang memiliki tanah untuk kediaman selain tanah pertanian seluas kira-kira dua hektar. Sehubungan itu, mereka yang berhasrat, bolehkan mengemukakan permohonan kepada Pejabat Tanah di daerah masing-masing.

Bukan semua permohonan akan diluluskan kerana kita akan semak terlebih dahulu dan sekiranya mereka sudah mempunyai tanah, ia tidak akan diberi. Dan setiap permohonan dilakukan secara telus kerana disemak melalui data berkomputer termasuk kad pengenalan pemohon.

Keutamaan diberi kepada individu yang masih belum mempunyai tanah. Paling penting hasrat untuk melihat sekurang-kurangnya 1rakyat 1lot tanah dapat dicapai. walaubagaimanapun dalam konteks berkenaan, individu yang mempunyai kemampuan untuk membeli tanah sendiri diharapkan bersikap bertimbang rasa.

Dalam  Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah Daerah Hulu Terengganu, melibatkan seramai 1,372 penerima. Di sini kita melihat bahawa jika seseorang individu itu layak, permohonannya akan diluluskan dan membuktikan kerajaan prihatin akan situasi rakyat.

Rakyat juga diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya menjual tanah yang dimiliki itu kerana ia bukanlah suatu keputusan bijak, sebaliknya harus memanfaatkannya sebaik mungkin sama ada untuk tujuan pertanian ataupun tapak rumah.

Pejabat Tanah di semua daerah juga telah diarahkan untuk mengenal pasti tanah yang berpotensi untuk tujuan pembangunan pada masa hadapan dan ia sekali gus dapat mengelakkan berlakunya proses pengambilan balik tanah rakyat.

Sumber: MB Trg
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...