Khamis, 19 April 2012

PROGRAM PEMIMPIN BERSAMA MASYARAKAT DUN RHU RENDANG


Marang 18/04/2012 - Program Pemimpin Bersama Masyarakat DUN Rhu Rendang anjuran bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang telah diadakan di Dewan Majlis Daerah bermula jam 9.00 pagi. Seramai lebih kurang 1,000 penerima bantuan hadir dimajlis yang diadakan.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu Encik Zuhaimi bin Omar, Pegawai Pembangunan  DUN Rhu Rendang,  Tuan Haji Nik Dir bin Nik  Wan Ku dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang, Puan Norhayati.

Dalam ucapan ringkas Encik Zuhaimi menyatakan bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri membelanjakan RM89.8 juta daripada peruntukan RM92.2 juta melalui enam jenis bantuan bulanan kepada 32,877 orang golongan miskin sepanjang tahun lalu.

Manakala Bantuan Kanak-kanak (BBK) JKM membelanjakan RM20.3 juta membabitkan 5,619 kes dan Elaun Pekerja Cacat (EPC) membelanjakan RM9.4 juta membabitkan 2,893 orang.

Encik Zuhami berkata, jabatan juga tidak mengabaikan golongan warga emas dan telah membelanjakan RM9.5 juta dibawah Bantuan Orang Tua (BOT) membabitkan 1,350 orang manakala bantuan penjagaan OKU dan pesakit kronik RM4.1 juta dan bantuan kepada OKU tidak bekerja RM1.5 juta.

Katanya, rangsangan berterusan daripada kerajaan mampu mendorong OKU untuk hidup berdikari dan dalam masa yang sama dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

“Kerajaan sentiasa memastikan OKU tidak terpinggir dari arus pembangunan negara serta dapat menikmati kehidupan yang sama rata dalam masyarakat.

Katanya, JKM juga berusaha mengenalpasti OKU yang mampu berdikari serta mempunyai bakat dan keistimewaan serta membuktikan pencapaian terbaik dalam bidang yang diceburi.

Untuk paparan selanjutnya sila:Klik Disini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...