Rabu, 25 April 2012

Tengku Adnan Mendedahkan Sikap Bacul Dan Dayus Pemimpin Umno.


Image Detail
“Sebelum ini kita cuma mendiamkan diri dan hanya membiarkan pihak pembangkang membuat tuduhan-tuduhan yang tidak benar, memang itu kesilapan kitalah”
– Tengku Adnan
  
Sikap lambat memberi respons terhadap siri tuduhan dibuat pembangkang menjadi salah satu punca Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Umno memberitahu, malahan pembangkang juga telah 'menjenamakan' Umno dan BN sebagai sebuah parti yang korup dan mengamalkan kronisme sedangkan realitinya bukan begitu.

BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan lima kerajaan negeri pada PRU Mac 2008.

Justeru tegas beliau, BN tidak akan mengambil sikap sedemikian dalam menghadapi PRU13.

Sikap sedemikian lebih merupakan sikap lambat memberi respons dan takut menghentam pembangkang adalah sikap bacul dan dayus setengah pemimpin Umno yang mengambil sikap jalan selamat, sikap play-safe, sikap tunggu-dan-lihat dan tidak berani membelasah pembangkang habis-habisan.

Bagi pemimpin bawahan pula, sikap takut dimarahi ketua disebabkan hanya ketua sahaja boleh membuat press-statement, termasuk juga sikap takut dituduh mahu mengejar public exposure. Malahan pemimpin bawahan juga tidak dibenarkan samasekali memasuki ‘frame’ oleh ketua.

Adakah semua ini yang dimaksudkan oleh Tengku Adanan apabila beliau berkata, “..sebelum ini kita cuma mendiamkan diri dan hanya membiarkan pihak pembangkang membuat tuduhan-tuduhan yang tidak benar, memang itu kesilapan kitalah” ?

Jika ini yang dimaksudkan oleh beliau, maka kita memberi sokongan padu dan 100% kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...