Isnin, 9 April 2012

MAJLIS PERASMIAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH MARANG 2012


Marang 08/04/2012 - Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Marang 2012, telah diadakan di Dewan Utama Majlis Daerah Marang, Kg. Paya, Marang, Terengganu. Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato' Yahya bin Khatib Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri Terengganu.

Turut hadir YB Haji Alias bin Abdullah, YBhg Tuan Haji A. Rhman bin Che Ali, Pegawai Daerah Marang. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang. YBhg Zaidi bin Muda, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong serta Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan dan Swasta seluruh Daerah Marang.

Johan Qari

Johan Qariah
Seramai lapan orang peserta 4 Qari dan 4 orang Qariah mengambil bahagian dengan mendengarkan bacaan masing-masing. En. Zainal Adam, 46 tahun dari Kg. Gong Balai, Merchang. Puan Aminah binti Md. Rani, 51 tahun dari Kg. Kubang Palas, Bukit Payong. En. Ahmad bin Tahir, 57 tahun, dari Kg. Durian Guling, Marang. Puan Kiah binti Adam, 53 tahun dari Kg. Rawai, Marang. En. Mohd. Hafaz bin Ali, 30 tahun, dari Perumahan Awam Bukit Che Nik, Binjai Rendah, Marang. Puan Siti Zaleha binti Taib, 49 tahun, dari Kg. Cerang Seketuk, Wakaf Tapai, Marang. En. Yahaya bin Salleh, 50 tahun, dari Kg. Gong Nangka, Marang dan Puan Hajah Raziyati binti Mohd Ali, 46 tahun dari Kg. Tasek Padang Kabar, Bukit Payong, Marang, Terengganu.




Johan Qari disandang oleh En. Mohd. Hafaz bin Ali, manakala Johan Qariah disandang oleh Puan Hajah Raziyati binti Mohd Ali. 

Menyerikan majlis persembahan Nasyid oleh Pelajar Institut Al-Quran, Terengganu (IQ) turut diadakan sebelum pengumuman keputusan oleh Pengerusi Panel Hakim.


Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook berikut:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.202535566527184.45536.100003122271553&type=1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...