Sabtu, 28 April 2012

PESTA PEKAN BUDAYA DAERAH MARANG 2012


Marang 27/04/2012 - Majlis Perasmian Pesta Pekan Budaya Daerah Marang 2012 telah diadakan di Pentas Utama Pantai Peranginan Kelulut pada jam 9.00 malam. Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Yahya Khatib Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri Terengganu.

Turut hadir Tuan Haji Abdul Rahman Che Ali, Pegawai Daerah Marang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, PP DUN Rhu Rendang, En. Zaidi Muda, PP DUN Bukit Payong, Ketua-Ketua Jabatan, Pengerusi JKKK Daerah Marang.

Pesta Pekan Budaya Daerah Marang 2012 berlangsung selama seminggu sehingga 03/05/2012. Berbagai aktiviti telah diatur sepanjang Pesta Pekan Budaya termasuk Pameran Jabatan, Pertandingan Gubahan Hantaran Nasi Manis (27/04/2012 @ 2.30 pm), Pertandingan Gubahan Hantaran Kain Batik (28/04/2012 @ 2.30 pm), Pertandingan Gubahan Bunga Hidup (29/04/2012 @ 9.30 am), Pertandingan Memasak Ikan Air Tawar dan Memasak Ayam Lauk Pengantin (30/04/2012 @ 2.30 pm), Pertandingan Gubahan Hantaran Kain Sembahyang (01/05/2012 @ 2.30 pm), selain daripada Pertandingan Karaoke bermula pada 01/05/2012 @ 5.00 pm.



Bagi menyerikan lagi pesta tersebut, persembahan Dikir Barat dan Wayang Kulit juga diadakan bermula pada malam 28/04/2012 jam 9.00.

Paparan selanjutnya sila layari laman facebook berikut:Klik Disini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...