Rhu Rendang 08/02/2012 - Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku bersama-sama Pergerakan Pemuda/Wanita UMNO telah mengadakan lawatan dirumah YBhg Datuk Tg Zainuddin Tg Zaid, 48 tahun di Kg. Alor Pak Bang, Marang, Terengganu. YBhg Datuk Tg Zainuddin baru saja selesai menjalani pembedahan jantung di IJN pada 12/01/2012. Namun begitu kesihatan YBhg Datuk semakin pulih dan masih lagi menerima rawatan susulan daripada pihak IJN.
Selain daripada itu dua lagi pesakit turut dilawati oleh Tuan Haji Nik Dir, iaitu En. Ismail Hitam, 63 tahun,mengidap sakit kencing manis, di Kg. Bukit Kecil dan En. Sipit Mohamad, 73 th di Kg. Gong Nangka, Marang kerana mengidap sakit tua. Namun begitu kedua-dua pesakit tersebut berada didalam keadaan sihat dan masih lagi menerima rawatan pihak hospital.
En. Ismail Hitam, 63 tahun |
Encik Sipit Mohamad, 73 tahun |
Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook berikut: