Ahad, 12 Februari 2012

MAHASISWA PERMATA NEGARA DUN RHU RENDANG


Marang 11/02/2012 - Program Mahasiswa DUN Rhu Rendang berteraskan 'MASIH ADA YANG SAYANG" telah diadakan di Gambang Water Park, Kuantan bermula 09hb. hingga 11hb. Feb, 2012. 

Program ini merupakan salah satu program tahunan yang dianjurkan oleh Biro Pendidikan Pemuda UMNO DUN Rhu Rendang dengan kerjasama APMT DUN Rhu Rendang. Program ini bertujuan memberi sedikit sumbangan motivasi dan kesedaran untuk menerapkan nilai kerohanian kepada bekas pelajar-pelajar yang berjaya di dunia dan akhirat serta memiliki peribadi yang unggul seterusnya menjadi contoh tauladan kepada masyarakat luar.


Melalui program ini, para Mahasiswa dan Mahasiswi dari pelbagai IPT dapat mencurahkan sedikit ilmu dan pengalaman kepada masyarakat agar berterima kasih kepada kerajaan diatas segala sumbangan untuk meneruskan pembelajaran hingga ke peringkat yang lebih tinggi.



YBhg Dato' Nasir bin Safar

Cikgu Hasmadi bin Ghaza

Sepanjang tiga hari berada disana peserta yang hadir didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan semasa yang diberi oleh beberapa orang penceramah khas terdiri daripada Ustaz Kamaruddin bin Omar (Penasihat Agama MB Terengganu), Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim bin Abu Shah(Bekas Naib Canselor UiTM) dan Dato' Nasir bin Safar (Penceramah Bebas).

Program telah dirasmikan oleh Tuan Haji Roshali bin Taha (Pengarah APMT Negeri Terengganu) serta penutupannya telah disempurkan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku (Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang).

Seramai 140 orang bekas pelajar SMK Tengku LELA Segara dan SMK Seberang Marang hadir. Sekalung tahniah diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Program yang di Pengerusikan oleh En. Anuar bin Yahya serta Penyelaras Program Cikgu Hasmadi bin Ghaza. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang.


Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook berikut:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.166530466794361.35713.100003122271553&type=1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...