Jumaat, 24 Februari 2012

Bai'ah: Harussani hentam PAS...soal akhirat ditentukan Allah

pas-for-all-baiah

PAS sentiasa merasa darjat mereka adalah tinggi dalam agama.Sebab itu mereka merasa ada kelayakan kafirkan orang Islam lain,merasa berhak kata undi PAS masuk syurga dan macam-macam karenah lain.

Disebaliknya itu anih dan pelik sekali...contohnya mereka kecut sembunyi diri takut nak tuntut siasatan terbuka terhadap dakwaan kemungkaran kes video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim yang 99.9 peratus tulin.

Juga mereka boleh buat tidak faham saja pada isu dakwaan rakaman perbualan telefon berahi antara Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu dengan isteri orang bernama Normah yang tersebar luas dalam internet - kerana bimbang politik mereka kacau bilau.


Kalangan yang ada akal sentiasa tertawa melihat hipokrasi politik PAS yang sukar diselindung ini, yang asyik nak guna sentimen agama untuk tujuan nak cari kuasa.

Terbaru kisah bai'ah untuk calon-calon parti itu yang akan bertanding.Bab bai'ah ini bukan baru malah dalam pilihanraya umum lalu pun calon kena lakukannya.

Cuma bila Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang sebut semula pasal bai'ah kelmarin ia telah mengundang reaksi yang mempersoalkannya.

Lojik akal bertanya apa jadi jika dipertengahan jalan seseorang calon itu mendapati ada yang sangat serius tidak betul tentang partinya.Apakah dia harus bersuhabat diam terus semata-mata kerana ada  bai'ah itu?

Jika begitu salahkah dia berubah haluan sedangkan Haji Hadi kata tindakan itu ' celaka dunia dan akhirat'.

Siapa Haji Hadi nak tentukan soal 'celaka akhirat'? Budak sekolah darjah satu pun tahu Presiden PAS itu tidak ada kelayakan nak buat penentuan itu.

Kalau perangai begini bolehkah PAS salahkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said cop PAS - Parti Ajaran Sesat.

Mungkin maksudnya, kalau salah pun kena pejam mata ikut juga macam orang bodoh .Itu memang karektor pengamal ajaran sesat

Inilah contoh [I]kong kalikong[/I] demokrasi dalam PAS.

Seperti juga kes Datuk Dr Hasan Ali....bunyi sikit ...terus kena pecat.

Dalam bab bai'ah...Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria Rabu tampil bersuara.

Beliau kecewa dengan tindakan PAS mengikat calon-calon parti itu yang bertanding dalam PRU ke13 dengan melakukan bai’ah.

Beliau menasihatkan PAS supaya tidak menakut-nakutkan ahli-ahlinya dengan cara membuat bai’aih kerana “ia adalah isu akhirat.”

Harussani berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Haji Hadi  dalam sebuah akhbar yang mewajibkan setiap calonnya yang bertanding dalam PRUke13 melakukan bai’iah.

Hadi berkata bai’ah itu penting bagi memastikan calon-calon PAS tidak menyeleweng daripada dasar lslam kerana “ mereka yang melanggar akan celaka dunia akhirat”.

Bai’ah juga kata Presiden PAS itu adalah satu bentuk pengakuan lebih besar daripada sumpah.

Harussani yang ditemui di pejabatnya di Ipoh pagi Rabu memberitahu kenyataan Hadi itu “menakut-nakutkan saja, macamlah kita boleh menentukan mereka yang melanggar bai’iah akan celaka dunia akhirat.

Katanya soal akhirat adalah ditentukan oleh Allah.

“Jadi kalau kita bersumpah berjanji kita dapati benda itu tak betul takkan kita tak boleh tarik balik”katanya.

“Ini menakut-menakutkan saja, macam mana kita boleh menentukan mereka yang melanggar bai’ah akan celaka dunia akhirat kerana yang menentukan dunia akhirat itu kerja Allah. Jadi kalau kita bersumpah berjanji kita dapati benda itu tak betul tak kan kita tak boleh tarik balik.

“Pada saya dia boleh buat perjanjian tapi masalah di akhirat bukan masalah kita,  ia adalah masalah Allah” tambahnya lagi.

Mufti Perak itu kemudian menasihatkan supaya “ tak usah kita menakutkan orang dengan perkara akhirat sedangkan kita sendiri tidak pasti apakah orang berwajib baiah untuk tujuan berpolitik”.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...