Rabu, 15 Februari 2012

PEMIMPIN BERSAMA MASYARAKAT DUN RHU RENDANG, MARANG


Marang 14/02/2012 - Program Pemimpin Bersama Masyarakat DUN Rhu Rendang anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang dengan kerjasama Pejabat Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, telah diadakan di Dewan Majlis Daerah bermula jam 9.00 pagi, selain daripada penyampaian bantuan kebajikan. Majlis telah disempurkan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.


Seramai 1,583 orang penerima bantuan hadir dimajlis yang dianjurkan mengikut kategori yang telah ditetapkan. Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 301 orang, Bantuan Orang Tua (BOT) 86 orang, Elaun Pekerja Cacat (EPC) 106 orang, Bantuan OKU Terlantar & Pesakit Kronik Terlantar (BPT) 73 orang, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) 33 orang, Bantuan Am (BA) 984 orang. Setiap seorang penerima menerima wang bantuan berjumlah RM200 daripada Kerajaan Persekutuan dan Negeri dengan jumlah keseluruhannya adalah RM387,000.00.






Paparan selanjutnya sila layari facebook berikut:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...