Khamis, 16 Februari 2012

PELANCARAN KEJOHANAN DRX4 RANGGOK MARANG, TERENGGANU


Marang 15/02/2012 - Pelancaran Kejohanan DRX4 Peringkat Antarabangsa anjuran 4x4 Ranggok Marang pada 09 - 11/03/2012 telah disempurnakan oleh Penaung Kelab 4x4 Ranggok Daerah Marang selaku Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang iaitu Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, di Marang Village Resort & SPA. Turut hadir YBhg Datuk Hj Razali Idris selaku  Penasihat Eksekutif Kelab Ranggok serta Pengerusi Kelab Permotoran 4x4 dari Kelantan dan Pahang.


Kejohanan tersebut akan berlangsung di litar 4 x 4 Ranggok Gong Cempedak, Marang, Terengganu. Beberapa kategori yang dipertandingkan adalah Cup Cross, Motgor Endurence, Pacuan 4 Roda (Medium), Pacuan 4 Roda (Hard Core) dan DRX4 dengan menyediakan jumlah hadiah yang lumayan.




Kejohanan yang julong-julong kali diadakan dilitar tersebut dijangka melibatkan peserta-peserta luar negara seperti Australia, Russia dan lain-lain lagi.


 

Pertandingan DRX4 yang diilhamkan oleh Kelab amat bersesuaian dengan kehendak dan kemahuan semua golongan masyarakat di daerah Marang dan secara tidak langsung membuka peluang kepada semua peminat sukan lasak secara amnya. Selain daripada mengakrabkan lagi hubungan dikalangan peminat sukan exstrem ini dan saling mengenali dikalangan ahli kelab dan juga individu.

Untuk paparan selanjutnya sila layari facebook berikut:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...