Marang 13/02/2012 - Majlis Maulidul Rasul Taman Dato' Ibrahim, Gong Nangka, Marang telah diadakan diperkarangan perumahan taman tersebut. Selain daripada mengadakan majlis tersebut, program mengujudkan Skim Rukun Tetangga juga akan diadakan. Turut hadir dimajlis tersebut adalah Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Puan Hasmawati (Pegawai Jabatan Perpaduan Daerah Marang), Penghulu Mukim Rusila, Pengerusi JKKK Gong Nangka dan penduduk taman tersebut.
Menurut En. Sufian Abd. Manan selaku Pengerusi Penaja Persatuan Penduduk Taman tersebut menyuarakan rasa kurang senang mengenai keselamatan taman, kerana kebelakangan ini sejak taman tersebut diduduki telah banyak berlaku kejadian-kejadian jenayah seperti pecah rumah, kecurian m/sikal, kecurian basikal dan lain-lain kecurian.
Kegusaran penduduk telah diluahkan dan mengambil keputusan untuk menujudkan Skim Rukun Tetangga dan dijangkan akan lancarkan dalam tempoh masa terdekat, demi menjaga keselamatan nyawa dan hartabenda penduduk taman tersebut.
Paparan selanjutnya sila layari laman facebook berikut:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.168040373310037.36060.100003122271553&type=1
Paparan selanjutnya sila layari laman facebook berikut:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.168040373310037.36060.100003122271553&type=1